Definisi Elegan, Kehidupan Bermakna
Di sebalik estetika moden, tersergam indah kediaman yang direka dengan tujuan bermakna. Ruang kehidupan yang menawarkan keseimbangan antara kesibukan bandar dan kedamaian jiwa. Di sini, aspirasi menemukan arah dan matlamat hidup menjadi nyata.
Mezon @ Park Enclave merupakan sebuah ekosistem terancang yang mengutamakan kualiti menyeluruh. Setiap ruang menjanjikan ketenangan dan daya huni yang kondusif, untuk kehidupan yang lebih seimbang dan sempurna. Dengan pemilikan Hak Milik Kekal, kehidupan idaman anda bermula di sini.

Di Mezon @ Park Enclave, segala keperluan harian berada hanya dalam jarak berjalan kaki dari kediaman anda. Luangkan masa bersantai di taman, dapatkan keperluan rumah atau selesaikan urusan kerja secara produktif—semuanya dilengkapi dengan kemudahan moden seperti pengecasan EV. Sebuah persekitaran inklusif yang menjanjikan kemudahan dan keselesaan anda seisi keluarga.

















Terokai keseimbangan antara keterhubungan lengkap, kelestarian alam sekitar dan keanggunan gaya hidup moden.
Terletak di tengah-tengah Aspen Vision City, Mezon @ Park Enclave menawarkan keistimewaan menghadap kehijauan Central Park seluas 25 ekar. Di sini, ketenangan alam dan kemudahan bandar bergerak seiring dengan kemajuan setempat.
Nikmati akses mudah ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan George Town, hanya beberapa minit dari Lebuhraya Utara-Selatan, serta berdekatan dengan Batu Kawan Industrial Park, hab teknologi dan industri yang berkembang pesat di Pulau Pinang.
Central Park seluas 25 ekar
Laluan Berjoging︱Laman Berkelah︱Zon Mesra Haiwan Peliharaan
Kolam Air Panas Dalaman
Onsen︱Jakuzi︱Spa Hidroterapi
Gelanggang Riadah
Pickleball︱Badminton︱Sepak Takraw
Ruang Acara Kaca
Mesyuarat︱Majlis︱Perhimpunan















